MamaCare di Pentas Global
MamaCare diberi peluang untukmewakili Malaysia melalui penyertaan rasmi di Pavilion Malaysia, World Expo 2025 Osaka – platform global yang menghimpunkan penyelesaian inovatif dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.


Showcase Produk & Perkhidmatan
MamaCare memperkenalkan perkhidmatan urutan dan penjagaan wanita selepas bersalin, serta mempamerkan produk asli buatan tempatan seperti minyak urut, param, pilis dan makanan tradisional di bawah jenama MamaCare Kitchen.
Kerjasama Strategik Antarabangsa
Penyerahan Letter of Intent (LOI) bersama beberapa syarikat Jepun termasuk:
- Malaysia Selection Wellness Spa – hub pertama MamaCare di Jepun.
- Neo Japan – latihan & pemasaran produk.
- Acrosx Japan Inc. – kolaborasi dalam
sektor kesuburan. - BP Lab – R&D dan saringan kesihatan wanita.

