Terma & Syarat Pendaftaran Pengamal
PENGENALAN
Selamat datang ke laman web mamacare.my (“Laman Web”). Terma-terma dan syarat-syarat ini (“Terma dan Syarat”) terguna pakai di Laman Web, dan semua bahagiannya, anak syarikat, dan laman Internet gabungan yang beroperasi dengan rujukan Terma dan Syarat ini. “Mamacare.my” dibawah Family Wellbeing Sdn Bhd (FWSB), sebuah syarikat perbadanan di Malaysia di bawah nombor pendaftaran 1234654-X dengan alamat berdaftar di Tingkat 13, No. 12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
 
Dengan mengakses Laman Web, anda mengesahkan bahawa anda telah memahami Terma dan Syarat padanya. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat penggunaan, anda tidak sepatutnya menggunakan laman web ini.  Syarikat berhak untuk mengubahsuai, mengubah atau menukar terma dan syarat Perjanjian ini atau dasarnya yang berkaitan dengan Perkhidmatan pada bila-bila masa yang dianggap sesuai. Pengubahsuaian, variasi atau perubahan kepada dasar Terma dan Syarat yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini akan berkuatkuasa apabila ianya diterbitkan di Laman Web tanpa notis terlebih dahulu. Sila semak Terma dan Syarat penggunaan dengan kerap untuk mendapatkan maklumat terkini. Penggunaan Laman Web secara berterusan dengan mengikuti kemas kini pindaan pada Terma dan Syarat penggunaan menandakan persetujuan dan penerimaan anda terhadap pindaan berkenaan.
 
MAMACARE.MY DIBAWAH FAMILY WELLBEING SDN. BHD.MERUPAKAN SYARIKAT TEKNOLOGI YANG TIDAK MENYEDIAKAN ATAU MELAKUKAN SEBARANG PERKHIDMATAN PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN. PERISIAN DAN PERMOHONAN APLIKASI DIPERLUKAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM MENAWARKAN PERKHIDMATAN ATAU PEMESANAN KEPADA PELANGGAN. SYARIKAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG AKTIVITI DAN / ATAU PENGECUALIAN SEBARANG PERKHIDMATAN YANG KLIEN TERIMA DARIPADA PENGAMAL, DAN UNTUK SEBARANG TINDAKAN ILLEGAL YANG DITERIMA OLEH KLIEN. PENGAMAL TIDAK BOLEH MENUNTUT ATAU MENYEBABKAN SEBARANG KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN KEPADA KLIEN BAHAWA PENGAMAL ADALAH AGEN, PEKERJA ATAU KAKITANGAN SYARIKAT, DAN ANDA PENGAMAL HANYA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG DIPERLUKAN OLEH KLIEN.
 
PERATURAN PENGGUNAAN
Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut Aplikasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan ini termasuk :
 
  • Anda mempunyai mendapat persijilan yang sah daripada badan-badan yang diiktiraf untuk memberikan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin;
  • Anda memiliki, menyedia dan menggunakan sebarang keperluan penjagaan ibu selepas bersalin seperti bengkung, param, tungku dan sebagainya;
  • Bertanggungjawab sepenuhnya di atas sebarang kecuaian dan salah laku yang disebabkan oleh diri sendiri semasa memberi perkhidmatan MamaCare.my di tempat klien atau lain-lain tempat di mana pengamal memberikan perkhidmatan;
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang dan semua tuntutan, penghakiman dan liabiliti yang terhasil daripada sebarang kemalangan, kerugian atau kerosakan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian dan jumlah kerugian yang disebabkan atau didakwa daripada perkhidmatan yang telah diberikan;
  • Anda hendaklah mematuhi semua undang-undang tempatan yang berkaitan dengan operasi perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang pelanggaran undang-undang tempatan sedemikian;
  • Anda tidak akan menggunakan permohonan untuk menghantar atau menyimpan apa-apa perkara/bahan yang menyalahi undang-undang atau untuk tujuan penipuan;
  • Bertanggungjawab untuk menjaga imej semasa menjalankan perkhidmatan MamaCare.my ketika berada di tempat klien.
  • Tidak menyalahgunakan logo MamaCare.my untuk kepentingan lain.
  • Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan, Permohonan dan / atau Perisian untuk tujuan selain mendapatkan memberikan perkhidmatan;
  • Anda tidak boleh menghubungi pengamal lain bagi pihak ketiga untuk tujuan selain perkhidmatan;
  • Anda tidak akan menjejaskan operasi rangkaian yang telah ditetapkan;
  • Anda tidak akan menyalin, atau mengedarkan Perisian atau kandungan lain tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat;
  • Anda akan menyimpan rahsia dan sulit kata laluan akaun anda atau sebarang pengenalan yang kami berikan kepada anda yang membolehkan akses kepada Perkhidmatan;
  • Untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;
  • Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perdagangan tanpa kebenaran;
  • Menyamar sebagai seorang individu atau entiti atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti;
  • Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;
  • Menjual semula atau menyediakan Apliklasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.
  • Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang tepat, terkini dan lengkap seperti yang diperlukan untuk perkhidmatan dan melaksanakan tanggungjawab mengemas kini maklumat anda tepat pada masanya, terkini dan lengkap sepanjang masa dalam tempoh Perjanjian. Anda bersetuju bahawa maklumat anda adalah tepat, terkini dan lengkap. Anda mengakui bahawa jika maklumat anda tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap dalam apa-apa cara, Syarikat mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan anda.
  • Anda bersetuju bahawa penggunaan mamacare.my ini akan tertakluk kepada Dasar Privasi Syarikat yang mungkin mempunyai pindaan dari semasa ke semasa.
Syarikat mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan mengeluarkan atau menolak sebarang perkara yang melanggar Peraturan Penggunaan. Syarikat juga mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.

TERMA & SYARAT PENDAFTARAN
Berikut adalah cadangan terma & syarat yang dipaparkan di laman web Mamacare semasa pendaftaran pengguna yang memerlukan pengesahan dari pihak kami.
Kami menitikberatkan kerahsiaan maklumat pelanggan kami dan hanya akan, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi pelanggan tersebut seperti yang digariskan di bawah ini.
Perlindungan data adalah suatu amanah dan kerahsiaan anda adalah perkara penting bagi kami. Justeru, kami hanya akan menggunakan nama anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda, dalam kaedah seperti yang digariskan dalam Polisi Kerahsiaan ini. Kami hanya akan mendapatkan maklumat apabila perlu untuk kami berbuat demikian dan sekiranya ianya relevan untuk urusan kami dengan anda. Kami hanya akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan daripada segi undang-undang atau seperti yang relevan dengan tujuan pemerolehannya.
Anda boleh melawat Laman Web kami, www.mamacare.my dan melayarinya tanpa mengemukakan butiran peribadi anda. Semasa anda melayarinya, anda kekal sebagai awanama dan kami tidak boleh mengesan anda kecuali jika anda mempunyai akaun (“akaun Klien Mamacare”) dengan kami di Laman Web kami dan log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
Koleksi Maklumat Peribadi
Mamacare tidak menjual, berkongsi atau memperdagangkan maklumat peribadi pelanggan yang diperoleh secara atas talian kepada pihak ketiga.
Maklumat peribadi yang diperoleh secara atas talian hanya akan didedahkan dalam kumpulan korporat kami dan kepada pihak ketiga untuk tujuan yang mana ianya telah diperoleh sebagaimana yang telah dibenarkan dan dipersetujui oleh anda. Contohnya, pengendalian suatu tempahan perkhidmatan pilihan anda di Laman Web kami. Apabila anda mendaftar akaun Mamacare, maklumat peribadi yang kami peroleh mungkin termasuk:
ID Pengguna; Nama; No IC; No Telefon; Alamat Emel
Semasa anda membuat tempahan di Laman Web Mamacare, maklumat tambahan peribadi yang kami mungkin peroleh termasuk:
Alamat; Sejarah Kesihatan; Tarikh Dijangka Bersalin; Cara Bersalin
Maklumat peribadi wajib yang kami perolehi daripada anda akan digunakan dan atau dikongsi dalam kumpulan korporat dan kepada pihak ketiga untuk sebahagian atau kesemua tujuan berikut:
i. Untuk memberikan servis perkhidmatan yang dibayar oleh anda daripada Laman Web kami. Sebagai contoh, kami boleh memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga seperti pengamal pilihan anda untuk memberikan servis perkhidmatankepada anda;
ii. Untuk menyampaikan maklumat yang relevan kepada anda seperti maklumat pengamal;
iii. Untuk membolehkan kami mentadbir akaun berdaftar anda dengan kami;
iv. Bagi tujuan pengesahan dan perlaksanaan transaksi kewangan berkaitan bayaran yang anda lakukan secara atas talian. Sebagai contoh, bayaran yang anda buat melalui Laman Web kami akan diproses oleh agen yang kami lantik. Pendedahan kepada agen pemprosesan data seperti agen yang kami lantik dalam konteks ini adalah diperlukan bagi tujuan pengendalian transaksi jualan yang telah anda pilih.
v. Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina digunakan bagi tujuan kajian tentang demografi pengguna laman web dan untuk kami memberikan cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna kepada anda, justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat Laman Web kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di atas.
 
MENGAKSES TEMPAHAN SEBENAR
Maklumat tempahan sebenar anda boleh disimpan dengan kami tetapi atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak boleh memperolehi maklumat-maklumat secara langsung. Walau bagaimanapun, anda boleh mengakses maklumat ini dengan log masuk ke akaun anda dalam Laman Web. Di sini, anda boleh melihat butiran tempahan anda serta mentadbir butir-butir alamat anda atau butir-butir bank. Anda mengakujanji untuk menjaga kerahsiaan data akses peribadi dan tidak membolehkan ianya diakses oleh pihak ketiga tanpa kebenaran.
Mengakses dan Mengemas kini Maklumat Peribadi Anda
Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di Laman Web Mamacare.
 
Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
Mamacare memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan dengan selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:
i. Mengehadkan akses kepada maklumat peribadi hanya melalui kata laluan;
ii. Menyelenggara produk teknologi untuk mengelakkan akses computer yang tidak dibenarkan; dan
iii. Menghapuskan maklumat peribadi anda secara selamat apabila ia sudah tidak diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami.
 
KERAHSIAAN MAKLUMAT
Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada kumpulan korporat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan dengan servis perkhidmatan yang telah anda bayar dan bagi tujuan yang telah anda beri kebenaran. Dalam keadaan yang dikecualikan, Mamacare mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang. Mamacare komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar dengannya.
Jika anda mendapati bahawa kerahsiaan anda telah dilanggar oleh Mamacare, sila hubungi Khidmat Pelanggan (Customer Service) dan kami akan menyelesaikan perkara ini.
 
PINDAAN PADA POLISI KERAHSIAAN
Mamacare berhak mengubahsuai dan meminda Polisi Kerahsiaan pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di Laman Web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses Laman Web kami agar anda dimaklumkan sepenuhnya oleh versi polisi terbaru yang terpakai.
 
HAK PROPRIETARI
Aplikasi Mudah Alih ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain.
 Tiada lesen atau hak diberikan kepada Anda dan akses Anda ke Laman Aplikasi Peranti Mudah Alih dan/atau penggunaan peralatan atas talian dan Perkhidmatan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada syarikat atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan.
 
TANDA DAGANG
Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di Aplikasi Peranti Mudah Alih ini adalah hak milik syarikat dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Aplikasi Peranti Mudah Alih ini.
 
Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada syarikat atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan di Aplikasi Peranti Mudah Alih telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada syarikat atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Aplikasi Peranti Mudah Alih atau mana-mana laman lain.
 
PINDAAN
"FWSB" berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan penggunaan berterusan oleh Anda di Laman Web ini  dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan Anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.
 
PENAMATAN
Syarikat berhak untuk menamatkan/menahan akses dan penggunaan Anda ke Peranti Mudah Alih ini dan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak syarikat/pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.
 
UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini , Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
 
 
TERMA & SYARAT PEMBAYARAN
Berikut adalah cadangan terma & syarat yang dipaparkan di laman web Mamacare semasa pengguna membuat pembayarann yang memerlukan pengesahan dari pihak kami.
 
Tempahan dan Spesifikasi
i. Penerimaan tempahan dan pelaksanaan kontrak antara Klien dan Mamacare hanya akan disempurnakan sebaik sahaja Mamacare mengesahkan pemberian Perkhidmatan kepada Klien. Untuk mengelakkan keraguan, Mamacare berhak menolak atau membatalkan mana-mana tempahan tanpa mengemukakan apa-apa sebab kepada perkara yang sama kepada Klien sebelum mengesahkan perkhidmatan. Mamacare selanjutnya juga berhak untuk meminta Klien menyerahkan maklumat untuk dihubungi dan maklumat pengesahan lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat, nombor untuk dihubungi sebelum pengesahan perkhidmatan dikeluarkan.
ii. Tiada kontrak yang telah diputuskan yang boleh diubahsuai atau dibatalkan oleh Klien kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Mamacare dan dengan terma bahawa Klien hendaklah membayar indemniti penuh kepada Mamacare atas semua kerugian (termasuk kerugian untung), kos (termasuk semua kos pengamal), caj dan perbelanjaan kerosakan yang ditanggung oleh Mamacare akibat daripada pengubahsuaian atau pembatalan, mengikut keadaan.
 
Harga
Harga Pakej dan/atau Perkhidmatan adalah harga seperti yang tertera di laman web Mamacare.my pada masa Klien membuat pembayaran tawarannya kepada MamaCare.my. Harga tersebut termasuk kos caj pengangkutan, mana-mana cukai barang dan perkhidmatan yang terguna pakai, cukai nilai tambah atau cukai serupa yang sepatutnya ditanggung oleh Klien untuk membayarnya kepada Mamacare sebagai tambahan kepada harga berkenaan.
 
Terma Pembayaran
Klien adalah berhak untuk membuat bayaran Pakej melalui pelbagai kaedah bayaran yang digariskan di laman web Mamacare. Terma dan syarat yang terguna pakai pada setiap kaedah bayaran, seperti yang terkandung dalam laman web Mamacare, akan terguna pakai pada Kontrak.
 
 
Sebagai tambahan kepada mana-mana terma tambahan yang terkandung dalam laman web Mamacare, terma-terma yang berikut akan turut terguna pakai pada kaedah-kaedah bayaran di bawah:
i.              Kad Kredit / Kad Debit (FPX)
Pembayaran Kad Kredit atau Kad Debit boleh dilakukan oleh semua Klien. Apabila Klien membuat tempahan dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit di laman web Mamacare, transaksi akan dikendalikan oleh FPX. Sistem ini adalah diiktiraf dan membolehkan Mamacare menerima pembayaran seperti Visa dan MasterCard. Semua nombor kad kredit atau kad debit akan dilindungi oleh piawaian penyulitan industri terkemuka.
ii.             Perbankan Atas Talian / Pembayaran Manual
Dengan memilih kaedah pembayaran ini, Klien boleh memindahkan wang bayaran Pakej kepada akaun Mamacare untuk jumlah keseluruhan tempahan yang dilakukan (termasuk mana-mana cukai yang terguna pakai dan caj pengangkutan). Transaksi berkenaan hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia. Mamacare, pada budi bicara mutlaknya, boleh menolak perkhidmatan pilihan pembayaran yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana pengguna tanpa memberikan notis bagi apa-apa sebab pada bila-bila masa.
Buat masa ini, Mamacare menerima pemindahan wang atas talian daripada AmBank, Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong, Maybank, Public Bank, RHB.
 
Pelaksanaan
  1. Perkhidmatan akan diberikan ke alamat yang diberikan oleh Klien dalam tempahannya.
  2. Jika bersalin secara normal, sesi rawatan akan bermula seawal 3 hari selepas kelahiran manakala secara Caesar pula, sesi rawatan akan bermula seawal 7 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun sesi rawatan bergantung kepada kondisi atau kesihatan semasa pelanggan. Secara amnya, rawatan seperti urutan dan bertungku akan diteruskan. Namun begitu, pemakaian bengkung bergantung kepada kondisi ibu tersebut.
  3. Mamacare berhak pada bila-bila masa untuk membuat sub-kontrak pada semua atau mana-mana kewajipannya untuk pemberian perkhidmatan kepada mana-mana pihak lain seperti yang diperlukan dari semasa ke semasa tanpa mengemukakan notis mengenai perkara yang sama kepada Klien.
  4. Klien perlu membuat tempahan dan mengesahkan pembayaran selewat-lewatnya 72 jam sebelum menerima perkhidmatan pakej selepas bersalin.
  5. Pembatalan haruslah dibuat tidak kurang dari 7 hari daripada tarikh perkhidmatan. Sebanyak 2% dari jumlah pembayaran akan ditolak sebagai caj perkhidmatan. Sebarang pembatalan pada last minute* tidak dibenarkan kecuali dibenarkan kepada kes *kematian atau keguguran. Walaubagaimanapun, caj 2% tetap akan dikenakan.
  6. Klien juga dibenarkan mengubah waktu dan tarikh tempahan selewat-lewatnya tidak kurang dari 48 jam sebelum tarikh menerima perkhidmatan.
  7. Pembayaran kepada pengamal akan dibuat secara berperingkat adalah seperti di lampiran A
  8. Jika Mamacare gagal memberikan perkhidmatan menurut Kontrak atau dalam masa yang sewajarnya, Klien berhak, dengan mengemukakan notis kepada Mamacare, untuk meminta pelaksanaan dalam masa yang ditetapkan seterusnya, iaitu sekurang-kurangnya 14 hari. Jika Mamacare gagal melakukannya dalam masa yang ditetapkan, Klien berhak menamatkan Kontrak berkenaan Perkhidmatan yang tidak diberikan dan menuntut pampasan dan pemulangan wang semula akibat daripada kegagalan oleh Mamacare dalam melaksanakan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan dalam tempahan tertakluk kepada had-had yang ditetapkan.
 
 
LAMPIRAN A : TERMA BAYARAN KEPADA PENGAMAL
 
TAWARAN PAKEJ TEMPOH HARI BAYARAN UPAH SERVIS BERPANTANG
1H 2H  3H 4H 5H 6H 7H 10H 14H 20H 28H 30H 44H
Pakej Bronze 100%                    
Pakej Silver 50%       50%                
Pakej Gold 50%     25%     25%            
Pakej Platinum 25%     25%     25%   25%        
Pakej Diamond 20%           20%   20% 20% 20%    
Pakej Crown 20%             20%   20%   20% 20%
Pakej Ala Cart 100%