Soalan Lazim

Q.     APAKAH ITU PROGRAM MAMACARE?

Program MamaCare merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Program latihan kapasiti ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS) iaitu 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment (1MWISE).

Q.      PERLUKAH SAYA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN?
Ya kerana dari segi perubatan, tempoh berpantang ini merupakan tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita selepas melahirkan anak. 

Q.      ADAKAH PERKHIDMATAN MEMASAK TERMASUK DI DALAM PAKEJ?
Caj perkhidmatan memasak sudah termasuk dalam pakej premium. Namun begitu caj RM30 sehari dikenakan hanya kepada pakej basic sahaja. Bahan-bahan masakan perlu disediakan oleh anda. Pengamal akan menyediakan masakan pantang untuk dua (2) kali hidangan untuk pelanggan.

Q.      BOLEHKAH SAYA MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT UNTUK TEMPAHAN PAKEJ? 
Boleh, deposit booking adalah sebanyak RM250.00 sahaja. Baki selebihnya perlu diselesaikan satu hari sebelum tarikh perkhidmatan yang telah dipersetujui.

Q.      BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENEMPAH PAKEJ MAMACARE?
Sebarang tempahan, anda perlulah mendaftarkan diri sebagai pengguna terlebih dahulu menerusi laman web kami, www.mamacare.my atau muat turun aplikasi mamacare di PlayStore Android atau App Store iOS.
 
Q.      BILAKAH TEMPOH WAKTU YANG SESUAI UNTUK SAYA MULAKAN RAWATAN PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN?
Sebaiknya, anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas bersalin bagi normal manakala tempahan bagi rawatan selepas bersalin (caesar) adalah 10 hari bergantung kepada kondisi kesihatan.
 
Q.      ADAKAH KEPERLUAN DALAM PERKHIDMATAN PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN SEPERTI MINUMAN HERBA, MINYAK URUTAN, PARAM, PILIS, BENGKUNG DAN LAIN-LAIN DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENGAMAL?
Ya, sebarang keperluan tersebut disediakan oleh pihak pengamal kami. Namun begitu, jika anda memiliki set bersalin, pengamal kami sedia membantu dan memberi tunjuk ajar sebagai panduan penggunaan set tersebut.
 
Q.      ADAKAH PENGAMAL MAMACARE MEMPUNYAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF ?
Pengamal MamaCare kami merupakan pengamal profesional yang mendapat persijilan MamaCare. Para pengamal kami juga terdiri daripada warga tempatan.

Q.     BERAPAKAH TEMPOH MASA RAWATAN YANG DIPERLUKAN BAGI SATU SESI?
Rawatan penjagaan ibu selepas bersalin memperuntukkan selama 3 jam minimum untuk satu sesi.
 
Q.      DIMANAKAH KAWASAN LIPUTAN PERKHIDMATAN MAMACARE.MY?
Untuk permulaan, perkhidmatan mamaCare.my hanya meliputi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami juga akan memperluaskan lagi perkhidmatan mamacare.my ke seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan pelanggan.
 
Q.      BILAKAH TEMPOH MASA YANG DIBERIKAN UNTUK KLIEN MENEMPAH DAN MENERIMA PERKHIDMATAN MAMACARE.MY?
Anda perlu membuat tempahan dan mengesahkan pembayaran selewat-lewatnya 72 jam sebelum menerima perkhidmatan pakej selepas bersalin. Namun begitu, bagi servis ala-cart lain seperti urutan kesejahteraan, anda boleh dapatkan perkhidmatan dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dibuat.
 
Q.        BOLEHKAH SAYA MEMBATALKAN TEMPAHAN YANG TELAH DIBUAT  DAN MEMOHON PEMULANGAN WANG SEMULA?
Pihak kami akan membuat pemulangan wang semula sekiranya mematuhi polisi pembayaran yang telah ditetapkan (sila rujuk Polisi ).

Q.        BOLEHKAH PELANGGAN MENUKAR PAKEJ PERKHIDMATAN?
Boleh, dengan syarat pakej tidak boleh di “downgrade”. Sekiranya pelanggan masih bertegas memilih untuk di “downgrade” pakej yang ditempah, harga bayaran yang dikenakan adalah sama seperti yang dipersetujui ketika tempahan dibuat. Sebarang penangguhan atau penundaan rawatan dari pihak anda hendaklah dimaklumkan awal.

Q.      SAYA BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM MAMACARE. APAKAH KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN ?
Antara kelayakan yang diperlukan adalah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam bidang Terapi Urutan daripada Jabatan Kemahiran Malaysia; dan memiliki kemahiran dan pengalaman dalam bidang Urutan Tradisional Melayu sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan ke atas. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi Cawangan LPPKN di seluruh Malaysia.
 
Q.      SIAPAKAH YANG PATUT SAYA HUBUNGI UNTUK PERTANYAAN LEBIH LANJUT?
Untuk pertanyaan atau bantuan lebih lanjut, sila ajukan soalan anda menerusi laman web kami, www.mamacare.my. atau anda boleh e-melkan kepada kami ke mamacaremalaysia@gmail.com